Sunday, September 19, 2010

COKLAT BUATAN TANGAN

Pengenalan 

Coklat Buatan Tangan (CBT ) 

Coklat buatan tangan adalah produk - produk coklat yang mempunyai ciri - ciri berikut :
  • Pengeluaran yang terhad, tersendiridan dibuat bila diperlukan
  • Produk yang dihasilkan adalah segar dan seragam
  • Produk ini mempunyai resepi yang tersendiri dan selalunya adalah warisan keluarga
  • Produk mempunyai pelbagai rasa dan tidak terhad kepada satu resipi
  • Produk dibuat dalam pelbagai bentuk dan corak mengikut kreativiti pengusaha
  • Produk dibungkus dan dipersembahkan mengikut daya kreatif pengusaha
Teknologi Pemprosesan Coklat Buatan Tangan

Coklat buatan tangan dihasilkan dengan memperbagaikan coklat blok ( konventur ) yang sedia siap, yang boleh didapati dalam tiga jenis iaitu Coklat Susu, Coklat Putih, dan Coklat Gelap. Coklat blok ini boleh didapati dari kilang pengisar yang mengeluarkan coklat blok dan juga dipasaraya.


Penstabilan Kristal ( Tempering )

Coklat tulen perlu melalui proses penstabilan kristal ( tempering ) sebelum digunakan untuk pembuatan produk - produk seterusnya.